Makan Pun Tak Boleh??


 

           Lama sudah rasanya tidak menaip di sini... Asyik join GA jee...dengan harapan nak menang hadiah.. saguhati pun tak mengapa.. hehee.. Sebenarnya sejak menjadi penanam anggur, saya banyak mendengar cerita-cerita rumah tangga sekeliling.. Bukan nak aibkan sesiapa, cuma sekadar mengambil pengajaran atas apa yang telah terjadi..

        Kisah ini kisah pasangan suami isteri yang mungkin boleh dimasukkan dalam kategori warga emas. Mempunyai anak dan jugak cucu.. Cucu nya jugak dah ada buah hati. Mungkin tak lama lagi diorang dapat cicit.. Bila sebut warga emas, bermakna dah tak berkerja. Dah pencen.. Tapi si suami ada la jugak buat kerja membantu orang dalam wiring , pasang suis , jaga kebun dan macam-macam laa.. Kudratnya sudah tidak sekuat dahulu. Adalah dapat upah sikit.

       Si isterinya pula suka betul berleter. Apa yang dibuat oleh si suami, ada saja yang tak puas hati. Mesti nak berleter. Sampaikan si suami nak makan pun kena berleter. Kesian si suami.. Tapi nasib baik laa si suami tu penyabar, tak cari lain..Hahaha.. Kalau cari lain... mungkin baru senyap isteri tu kan? 


Fikir-fikirkan lah, ambil iktibar. Kesian suaminya stress..



1 comment: