Masker Kunyit

Related image
Selamat pagi semua.. Pagi lah kan kalau dah pukul 1.10. Walaupun kat luar dah gelap, semua orang dah tidur, tapi saya masih berjaga. Memang spesies burung hantu...Hohoho.. Biasa stay up sebab tengok cerita. Tapi malam ni stay up sebab ada orang mintak tolong warnakan huruf khat dia. Dari huruf Alif sampai Nya. 😑😑 Kena mintak upah ni.. 


Sebelum nak start mewarna, bukak dulu PC, bukak Youtube. Pasang lagu laa.. Hehehehe..Tapi sebab harini mood rajin sikit, pergi bancuh la masker. Alaaa, bukan susah pun.. 

Bahan-bahan:
👉Tepung Beras
👉Serbuk Kunyit
👉Air
p/s: serbuk tu sikit jee pun dah ok. Kalau tak, kuning sangat. Saya guna serbuk je sebab malas nak tumbuk kunyit hidup.

 
Cara-cara:
Ambil pinggan, isi tepung beras, serbuk kunyit. Tambahkan air. Jangan banyak sangat air. Nanti jadi jus kunyit pulakkk..  Bancuh biar jadi macam sedang sedang elok jee.. Boleh tepek kat muka. Haa..gittew...

Dah siap bancuh, tepek la kat muka. Pakai dalam 20-30 minit jee.. Kalau pakai sampai pagi esok, nanti orang tertukar pulak korang dengan minion. Ok gurau. Tapi seyes, jangan pakai lama sangat. Nanti kuning muka tuu.. 

Tengok jam, bila dah lepas 30 minit, boleh la pergi cuci muka. CUCI BERSIH hokayyyy.. 

Lepas cuci, korang akan nampak muka akan lebih glowing.. Hehehe

Sekian sahaja Hazrina berkongsi tips nak cantik bila rajin. 


~bbuing bbuing 💗~

No comments:

Post a Comment