SLE Journey #3



Haipp.. kembali lagi dalam segmen SLE Journey dari kaca mata seorang kakak. Eh. Macam rancangan TV pulakk.. Hari tu saya cakap kan, nak cerita simptom-simptom sakit ini. Tapi simpton ini adalah dari apa yang saya observe yang terjadi kepada adik saya. 

Memang dari kecil lagi, adik saya jenis orang kata antibodi lemah. Sikit-sikit demam. Bawak pergi klinik, doktor cuma cakap, demam biasa. Kasi ubat, nanti sembuh laa.. Berlanjutan..Setiap kali demam, bawak pergi klinik, ambil ubat dan sihat semula. Sakit dia datang tak kira masa tau. Kadang-kadang , balik sekolah, tengah hari, dia boleh pergi ambil selimut, baring atas katil. Kalau kita, tengah hari, balik sekolah pulak tu, konfem la panas nak mandi , main air bagai. Tapi dia boleh berbungkus dalam selimut.

Biasanya kalau dia macam tu, mak mesti membebel, marah la.. Balik sekolah terus berbungkus dalam selimut. Ingatkan mengada-ngada jee. Nak lagi adik sorang tu je, bongsu pulak tu. Manja dia lagi laa.. Hahaha.. Sebab selalu demam, siap bawak jumpa orang pandai, buat air tawar. Ada kata ada benda nak menumpang lah, sebab tu dia lemah. Tak tahu la betul ke tidak kan. Masa tu, bila dengar orang cakap, ada benda nak tumpang kononnya..sebelum tidur mesti tengok dia lama-lama. Pastu fikir bodoh. Macam mana kalau yang tidur sebelah saya bukan adik, tapi benda lain. Alaaa...bodohnya saya masa tu. Tak patut betul fikir macam tu.. 😢😢😢

Tapi tak lama pun fikir macam tu.. Lepas tu dah lupa, boleh je tido nyenyak sebelah dia. Hahaha.. 

So, siapa-siapa lah kan, yang mungkin anak dia atau kenalan dia yang ada simptom macam adik saya ni, cuba lahh bawak check betul-betul. 


Nanti saya nak share, apa terjadi lepas dah di sahkan ada penyakit tu..






Baca kisah sebelum ini..






1 comment: