Kisah Pokok Kari



          Kalau Pak Menteri sibuk dengan kisah kangkung, aku pulak membawa kisah pokok kari.. Hehe.. Kisah ini langsung tidak bersangkut paut dengan politik apatah lagi pemerintahan negara.. Ini hanya cerita picisan yang aku karangkan daripada pengalaman sebenar.. Cewah.. Ayat konon-konon bombastik..:p
Alkisah bermula, di sebuah kawasan perumahan yang aku selesa namakan Taman Oyeah Oyeah...Nak dijadikan cerita ada sebuah keluarga yang ingin berpindah rumah.. Keluarga tersebut merupakan keluarga yang dilahirkan dengan traits Green Thumb.. *pengaruh game the sims* Jadi, mereka adalah menanam beberapa jenis pokok yang boleh digunakan untuk memasak; pokok kari, limau purut, kaduk dsb..
               Dalam kawasan perumahan itu, ada seorang yang jenis tidak suka membazir.. Jadi apa yang orang tinggalkan semasa berpindah dia akan tolong "bersihkan". Orang ini saya namakan sebagai Cik NotNot.. Dia ada seorang jiran yang berbeza perwatakkan dengannya.. Saya namakan orang itu sebagai Cik YesYes.. Cik YesYes bukanlah seorang yang tidak suka membazir seperti Cik NotNot.. Tapi ntah mengapa, mungkin Allah nak uji Cik YesYes punya keimanan.. 
Cik NotNot : "Eh, tu haa.. pokok kari orang tu tanam elok je subur.. dia tinggal je tu.. jom pergi amek" 
credit google
Cik YesYes : " boleh ke nak amek? Dia takmboh doh ke? Kam ye mari nop amek plop gane?"


Cik NotNot : " dia tak nak dah tu.. jom la pergi..bawak bekas sekali.. boleh ambik pasir"


Dengan tak semena-mena, Cik YesYes terus mengambil apa yang dikatakan oleh Cik NotNot..Dan melulu menuju ke rumah yang baru ditinggalkan..


Cik YesYes : "saya amek hop kecik ni je la deh.."


Cik NotNot : "ambik je la yang ni (sederhana besar).. biar saya amek yg besar ni"


Cik YesYes : "hmm.. ok.. tp amek banyok2 pun bukan nop wat jus daun kari.. guna selai due jee"


Cik NotNot : "alaaa.. amik je laaa.."


Tak lama selepas itu, Allah nak tunjukkan yang ambil barang orang tanpa izin ini salah.. Si tuan rumah itu datang pulak dengan tujuan untuk mengambil pokok2 nya untuk ditanam di rumah baharu. Tapi hasrat mereka hampa kerana pokok idaman mereka sudah lenyap.. Lenyap dari pandangan.. Dan mereka terus pulang dengan penuh kehampaan.. Kebetulan lagi, Cik YesYes memerhatikan segala panorama yang berlaku.. Perasaan bersalah menyelubunginya.. Nak mengaku dah rasa malu, tambahan lagi nanti mungkin akan mengeruhkan keadaan dengan Cik NotNot.. 
Jadi, Cik YesYes mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja pokok kari itu.. Dia bercadang untuk memulangkan kembali pokok itu kepada tuannya...
Moral of the story: Jangan sesekali ambil barang orang w/o permission.. Nanti kita jugak yang susah.. 
#Stay Cute, Maintain Comey...

No comments:

Post a Comment