Lumbar Puncture

19 October 2013
        Hari keempat adik aku ditahan masuk wad.. Saban hari, aku pasti bertanya tentang perkembangan adik aku.. Walaupun aku tak dapat nak melawat dia di hospital, aku perlu tahu keadaan dia.. Menurut mak aku, hari ini adik aku masih tak sihat lagi.. Mak cakap lagi, adik aku mengamuk sebab ada gangguan.. Kesian kat diaa..Dan yang paling kesian, mak aku cakap doktor nak ambil air tulang belakang diaa..
Tapi mak aku tak bersetuju...
       So aku google la cari tahu pasal bende alah ni...so, inilah hasil nya...:
Secara  saintifik ia dikenali sebagai Cerebrospinal fluid (CSF). Cecair berwarna jernih ini beredar ke seluruh sistem saraf tengah. Air tulang belakang adalah sejenis protein yang terletak di antara otak dan tengkorak. Ia memiliki dua kelebihan pada sistem saraf tengah. Dari sudut peredarannya, ia menghantar nutrisi kepada struktur sistem saraf. Ia juga menyingkirkan bahan buangan daripada otak dan tulang belakang selain menyahtoksik persekitaran sistem saraf.
Air tulang belakang juga bertindak menyerap goncangan. Ia melindungi otak dan tulang belakang daripada trauma disebabkan pergerakan, misalnya jatuh. Secara purata, manusia menghasilkan air tulang belakang sekitar 0.3 ke 0.4 mililiter setiap minit. Tetapi setiap kali dihasilkan, ia akan terserap ke dalam sistem badan. Jika penghasilannya tidak diserap, seseorang itu akan berhadapan masalah kepala besar berair dikenali sebagai hydrocephalus.
“Air tulang belakang yang normal berwarna jernih tetapi akan bertukar warna dan tidak mustahil menjadi pekat kekuningan jika berlaku jangkitan pada otak dan urat saraf. Analisis ke atas tahap protein, gula, sel darah putih dan merah, kultur untuk kuman, mikroskopi dan beberapa ujian lain boleh memberitahu maklumat tepat penyakit urat saraf. Penyakit yang biasa terjadi di otak dan selaput otak adalah meningitis dan encephalitis (radang otak) selain masalah urat saraf lain yang tiada kena-mengena dengan jangkitan. Tetapi prosedur lumbar puncture tidak boleh dibuat jika berlaku tumor pada otak atau pendarahan di otak.
Hanya beberapa titis air tulang belakang saja diambil. Biasanya prosedur itu membabitkan bahagian bawah ruas tulang belakang di antara L3 dan L4. Urat saraf tunjang berakhir pada ruas tulang pinggang L1 atau L2. Justeru lumbar puncture tidak menyebabkan penusukan jarum ke tulang atau saraf penting yang boleh menyebabkan kanak-kanak itu cacat. Disebabkan bahagian antara ruas itu hanya urat saraf kecil, apabila jarum dimasukkan, saraf secara automatik akan ketepi.
Prosedur lumbar puncture ini mengambil masa kurang lima minit. Ia sepatutnya tidak memberi sebarang kesan pada pesakit, jika dilakukan dengan langkah berjaga-jaga. Justeru, ada beberapa langkah perlu diambil kira sebelum lumbar puncture dibuat;
a) Tiada tekanan tinggi dalam otak
b) Tiada pendarahan dalam otak
c) Kulit di bahagian yang bakal dibuat lumbar puncture bebas dari sebarang jangkitan.
d) Tiada tumor dalam otak yang boleh meningkatkan tekanan dalam otak. Jarum yang diguna halus dan kecil.
Tiada had usia untuk memulakan prosedur lumbar puncture. Bayi yang baru beberapa hari dilahirkan pun boleh melalui lumbar puncture.
Tetapi jika pesakit itu tidak stabil, prosedur ini tidak akan dilakukan. Bagi kanak-kanak, jika ubun-ubunnya masih lembik prosedur itu selamat. Bagi kanak-kanak yang ubun-ubunnya sudah keras, imbasan CT mungkin perlu dibuat. Tetapi jika kemungkinan meningitis yang tinggi, pesakit akan dimulakan dengan antibiotik dulu diikuti dengan lumbar puncture.
Sumber: Berita Harian 8.4.2007


      Ape2 pun aku harap dia cepat2 sihat..  Dia sorang je adik yang aku ada.. Takde ganti lain daa.. Rasa cam nak pergi sane teman dia jee skrg..:(

No comments:

Post a Comment